Politik perubahan iklim
Politik perubahan iklim

Politik perubahan iklim

 Politik perubahan iklim lahir daripada perbezaan pandangan dalam strategi tindak balas terhadap perubahan iklim. Pemanasan global didorong secara amnya oleh pelepasan gas rumah hijau akibat aktiviti ekonomi manusia, terutamanya pembakaran bahan api fosil, kewujudan industri berpelepasan karbon tinggi seperti pengeluaran simen dan keluli, dan pembersihan tanah untuk pertanian dan perhutanan pengeluaran. Sejak Revolusi Perindustrian, bahan api fosil telah menyediakan sumber tenaga utama untuk pembangunan ekonomi dan teknologi. Kebergantungan kepada bahan api fosil dan industri-industri intensif karbon lain telah menyebabkan penentangan terhadap dasar-dasar politik mesra iklim, walaupun wujud konsensus saintifik yang meluas terhadap keperluan dasar sedemikian.Perubahan iklim muncul sebagai isu politik bagi kali pertama pada 1970-an. Usaha-usaha untuk mengurangkan perubahan iklim menjadi sebahagian terutama daripada agenda politik antarabangsa sejak 1990-an, dan juga semakin penting di peringkat nasional dan tempatan. Perubahan iklim merupakan masalah global yang kompleks. Pelepasan gas rumah hijau (GHG) menyumbang kepada pemanasan global, walaupun pelepasan tersebut mungkin bersifat tempatan. Namun begitu, kesan pemanasan global tidak sama rata, dan bergantung kepada kedudukan atau status pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kesan perubahan iklim dikatakan negatif secara keseluruhan, malah akan bertambah buruk dengan pemanasan meningkat. Wujud juga perbezaan ketara antara negara bagi manfaat yang mampu diperoleh daripada sumber tenaga bahan api fosil dan sumber tenaga boleh diperbaharui.Perbezaan pandangan terhadap tanggungjawab, faedah dan ancaman berkaitan dengan perubahan iklim yang dihadapi oleh negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyumbang kepada bermulanya persidangan perubahan iklim sedunia. Namun begitu, persidangan terawal tidak berhasil selain daripada penyataan hasrat am untuk menangani masalah perubahan iklim serta perjanjian tidak mengikat daripada negara maju untuk mengurangkan pelepasan mereka. Pada abad ke-21, perhatian terhadap mekanisme seperti kewangan iklim telah meningkat supaya negara yang terdedah kepada kesan-kesan perubahan iklim mampu mengadaptasi terhadap masalah tersebut. Sesetengah negara dan bidang kuasa tempatan telah menerima dan mengguna pakai dasar mesra iklim yang melampaui komitmen di peringkat antarabangsa. Namun begitu, pengurangan pelepasan GHG yang dicapai oleh dasar mesra iklim di peringkat tempatan tidak mampu memperlahankan pemanasan global melainkan jumlah keseluruhan pelepasan GHG sejagat menurun.Menjelang 2020-an, penggantian bahan api fosil sebagai sumbar tenaga dengan sumber tenaga boleh diperbaharui telah menjadi jauh lebih mudah. Kini, terdapat beberapa buah negara yang menjana hampir semua tenaga elektrik mereka daripada tenaga boleh diperbaharui. Kesedaran awam terhadam ancaman akibat perubahan iklim telah meningkat, sebahagian besarnya disebabkan oleh pergerakan sosial yang dipimpin oleh belia dan keterlihatan kesan perubahan iklim, seperti kejadian cuaca ekstrem dan banjir yang disebabkan oleh kenaikan paras laut. Pelbagai tinjauan menunjukkan bahawa semakin banyak pemilih yang mendukung perubahan iklim sebagai keutamaan politik, dan memudahkan ahli politik untuk mengambil kisah terhadap dasar tindakan iklim. Pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi membawa kepada seruan meluas untuk mewujudkan suatu "pemulihan hijau ". Beberapa konteks politik seperti Kesatuan Eropah telah berjaya memasukkan tindakan iklim ke dalam perubahan dasar mereka. Penafian perubahan iklim secara terang-terangan semakin kurang berpengaruh sejak 2019, sejakmana pembangkang telah beralih strategi kepada melengahan atau tidak mengambil tindakan terhadap perubahan iklim.

Rujukan

WikiPedia: Politik perubahan iklim http://activistcash.com/organizations/131-greenpea... http://www.businesspundit.com/25-big-companies-tha... http://www.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/07/18/eco.ca... http://www.huffingtonpost.com/2013/01/18/obama-spa... http://www.politico.com/news/stories/0509/22723.ht... http://www.slate.com/blogs/future_tense/2013/04/08... http://www.theguardian.com/environment/2021/aug/25... http://pubman.mpdl.mpg.de/pubman/faces/viewItemFul... http://www.mpifg.de/pu/mpifg_book/mpifg_bd_39.pdf http://stsclimate.soc.ku.dk/papers/grundmannclimat...